Pages

May 26, 2011

Subjects..

Assalamualaikum! Alhamdullillah peperiksaan semester 1 dah tamat.. Cuma sedih sebab tak dapat markah yang tidak memuaskan.. Merosot mungkin sebab terlebih rajin "blogging" dan bermain internet.. Biasalah..remaja.. (Ecece..pandai cari alasan =p)

Yer la..Tahu semua tak bagus.. Hari Jumaat ni ponteng sebab nak elak daripada melihat keputusan peperiksaan yang menakutkan tu! Terutama sekali Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris.. Tak tahu kenapa susah nak 'score'.. Macam mana la nak dapat straight A's PMR kalau semmmua rendah? =(
Tu saya waktu jawab exam.. Tapi lebih teruk lagi.. =p


Apa? Nak tahu keptusan saya? Err.. Segan nak tunjuk.. (Alaa.. Bukannya nampak muka pun..) kataku di dalam hati.. Ok.. Ni senarai keputusan hodoh tu:

Geografi - 75 % (Gila! Sedangkan bapanya sendiri adalah guru Geografi.. "'Over-confident")
Sains - 84 % (Sayang sungguh! Satu markah lagi baru dapat A.. =(
Matematik - 88 % (Setakat ni, markah ini sahaja yang paling tinggi saya dapat)
Kemahiran Hidup - 68 % (Kelas saya pilih elektif Perdagangan dan Keusahawanan)
Pend. Seni - 77 % (Saya tak pandai melukis.. )
Pend. Jasmani - 76 % (Benci sukan.. Sebab tu rendah..)
English- 84% (Sikit lagi nak dapat A! Kurang 1 markah.. Sial..)
PAI- 80% (No comment..)

Ok.. Dah tahu dah kan..Mana-mana yang tidak dinyatakan itu maknanya markah belum dapat.. Tak payah tahu pun tak apa.. Seram.. :((

Oh ya.. Pagi tadi sekolah saya ada buat Anugerah Kecemerlangan Pelajar.. Alaa.. Yang cemerlang peperiksaan tahun lepas dang cemerlang kokum dapat naik pentas, dapat hadiah duit wooo.. ^^

Saya tak dapat.. Maksud saya, saya no.3.. Tak banyak..Sakit hati..Geram! Dahlah! Taip entri ni memang tengah marah ni! Rasa nak hancurkan sahaja laptop ni.. Eh.. Kalau dah hancur tak dapat blogging lagi, tak dapat main Habbo.. Lantak lar..

Ok.. Itu sahaja.. "See you later"

May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..
Haa.. Dah baca tajuk post tentu tahu nak bercerita fasal apa..
Tentulah Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei bersamaan dengan hari esok @ Isnin =p

Saje taip entri ni sebab ada masa terluang.. Yer la..Belum tentu besok ada peluang "menghidupkan" blog ni.. Sambil tu.. cuba melukis gambar alat tulis untuk peperiksaan PSV esok ^^ Tau la lukisan saya tak cantik.. =(

Sebenarnya.. Hari ni saya nak bercerita mengenai guru kegemaran saya.. Tapi saya rahsiakan namannya..Nanti terkejut beruk cikgu saya ni terbaca mengenai dirinya =p

Cikgu ni namanya mula huruf N.. Jadi dalam post ni saya panggil cikgu N..Hehe.. Cikgu ni perempuan, pakai cermin mata (macam saya), kurus tapi tinggi dan merangkap guru mata pelajaran Pen. Sivik di kelas saya.. Sebenarnya, beliau ni merupakan guru Geografi yang berbakat.. Saya harap sangat dia jadi guru Geo. saya tahun ini tapi malangnya jadi guru Sivik pula.. =(

Cikgu N ni dah kahwin dan ada seorang anak lelaki..Comel  ^^ Cikgu ni pandai buat lawak dan memang dijamin tak bosan punya sewaktu beliau mengajar.. Dia tahu apa yang patut untuk semua pelajarnya..kira 'caring' la orangnya.. Beliau ni merupakan ketua panitia Geo. kat sekolah saya, jadi beliau yang kena pastikan pelajarnya terutama sekali PMR supaya semuanya skor A! Susah tu.. Cikgu ni sanggup tak tidur (agaknya lah..) semata-mata nak siapkan modul Geografi untuk pelajarnya.. Kalau fasal kerja kursus, (pelajar PMR wajib membuat kerja kursus untuk markah PMR mereka) memang dia tip-top! Komen mana yang tak betul dan suruh betulkannya.. ^^ Cikgu ni juga seorang yang penyabar.. Baguslah.. =D

Cikgu ni pun ada blog.. Tapi disebabkan kekangan masa, jadi tak berapa update sangat.. Nak tahu ke blog dia? Hrm.. nanti lah saya edit semula post ni letak link blog dia.. Maklumlah, budak baru belajar buat blog.. Tak tahu apa-apa..Lain lah dengan yang expert.. =(

Ok lah.. Setakat itu sahaja coretan Hari Guru saya.. Buat masa ni cuma ada seorang sahaja guru kegemaran saya.. Bukannya saya mengatakan guru lain tak bagus, bagus cuma saya masih belum berpuas hati.. Maaflah kalau ada guru yang baca ni kecil hati.. Tapi, kecemerlangan pelajarnya juga bergantung kepada guru..Sekiranya guru itu seronok, maka pelajaran pelajarnya juga turut meningkat ^^

Oleh itu, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada mereka yang bergelar pendidik  di Malaysia =D