Pages

January 23, 2012

Sahabat Sejati


Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusah
  • an kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Bad friend... for teeth.. LoL
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

  • Sahabat yang tamak : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Says; "BFF? I don't think I got one. The pure one :_ " 

*A piece from my of old friend, Nadzirah.
Miss you SMKP2 friends.



January 22, 2012

Segmen | Hobi Saya: Blogwalking+Follow

Assalamualaikum. Hari ni nak join la segmen yg dianjurkan oleh Cik Mimie. Dah lama tak join segmen.. :) Lagipun bosan, takde kerja time cuti CNY (walaupun homeworks berlambak : / )

Simple jer..
Klik banner burung comel.
Syarat-syaratnya ialah ;

  • Buat entri tentang Segmen | Hobi Saya: Blogwalking+Follow
  • Tepek banner tu *tekan link then copy :)
  • Follow blog saya
  • Tag kawan ikut  kesukaan anda *inform mereka ya
  • Post entry anda kat sini. Link penuh untuk segmen nie ya dear
  • Expired date : 23/ 1/ 2012 at 11.59 pm
  • Mimie akan terjah dan follow blog korang
  • Blog yang menarik hati akan dimasukkan dalam bloglist Mimie

January 14, 2012

Rindunya kat Blog!

Assalamualaikum :) Wah.. Lamanya tak update blog, walaupun dah masuk tahun 2012. Apa boleh buat, Internet 'jam' , nak beli broadband membazir.. Jadi sabo je la..

Anyway, saya sekarang ni dah 16 tahun ( not officially 16.. ) , dah Form 4. Tahun 2012 ni, walaupun baru bulan pertama dah pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi. ( Cewah, ayat tu.. )

animal, animals, beautiful, berries, bird, birds

Let's rewind back!
  • Dapat 8A PMR. Alhamdulillah.
  • Mendapat kiriman e-mel daripada pihak PTS menang peraduan yang mereka anjurkan. Yay! ^^
  • Berpindah ke sekolah lain adalah perkara yang amat menyedihkan. T^T
  • Agak janggal dan kekok sewaktu berada di sekolah baru. Nasib baik ada kawan baru :)
  • Terlewat ke kelas cikgu Kimia sebab tak biasa dengan jadual persekolahan baru yang bermula jam 6.50 pagi. Luckily the teacher wasn't angry. Mungkin sebab hari pertama. Biasa la.. 
  • One of my friend terpilih menyertai Permata Pintar. Congratulations! ^^
Itu baru sikit je. Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang telah berlaku. Malaslah nak tulis banyak-banyak  panjang-panjang. 

Harapnya tahun 2012 adalah tahun bertuah bagi saya [?]

Comel tak lagu kat blog saya ni? :P

birds, cute, girl, sky