Pages

March 10, 2012

Animals!

animal, bear, beautiful, cute, panda
Panda! >w<
Kali ini kita akan belajar sedikit sebanyak perkara berkaitan dengan hadis-hadis tentang larangan dan keharusan membunuh haiwan atau serangga. Dalam islam terdapat panduan yang telah ditetapkan dalam memelihara atau membunuh binatang. Janganlah kita dengan sewenang-wenangnya membunuh apa saja binatang yang kita suka.
Islam itu begitu teliti dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap umatnya. Kita sering melihat perlakuan zalim sesetengah individu terhadap haiwan. Setiap apa yang kita lakukan atas dunia ini pasti akan mendapat balasan yang lebih teruk di akhirat kelak meskipun apa yang kita lakukan itu hanyalah kepada haiwan. Jangan kita lupa, haiwan juga adalah makhluk tuhan yang sering bertasbih kepada-Nya.
Anjuran membunuh cicak
  • Hadis riwayat Ummu Syarik ra.:
    Bahwa Nabi saw. menyuruhnya untuk membunuh cicak. Dan dalam hadis Ibnu Abu Syaibah: Dia menyuruh. (Shahih Muslim No.4152)
  • Hadis riwayat Aisyah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. menamakan binatang cicak dengan sebutan fuwaisik. (Shahih Muslim No.4155)
animals, butterfly, light, lizard, nature
o_O

Larangan membunuh semut
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Dari Rasulullah saw. bahawa seekor seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih. (Shahih Muslim No.4157)
Haram membunuh kucing
  • Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah. (Shahih Muslim No.4160)
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang tidak diberi makan dan minum serta tidak pula ia melepasnya mencari makanan dari serangga-serangga tanah. (Shahih Muslim No.4161)
cat, cute, yellow
Cats are always lovely
Keutamaan memberi makan dan minum kepada binatang ternak yang mulia
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu karena sangat haus. Lelaki itu berkata: Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini? Rasulullah saw. menjawab: Pada setiap yang bernyawa (mahluk hidup) ada pahalanya. (Shahih Muslim No.4162)
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Dari Nabi saw. bahwa pada suatu hari yang sangat panas seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur sambil menjulurkan lidahnya karena kehausan. Ia kemudian melepas sepatu kulitnya (untuk mengambil air sumur yang akan diminumkan kepada anjing), lalu wanita itu diampuni dosanya. (Shahih Muslim No.4163)
awesome, cartoon, chicken, couple, cow

Tapi, macam mana nak bunuh cicak sedangkan bila dah lastik dia selalu putuskan ekor lalu lari menyelamatkan diri. Lepas tu, kita pula yang jakun tengok ekor cicak tu "terlompat-lompat" kat lantai. Dan ya, saya takut cicak. =w=