Pages

June 27, 2011

Day 12 = A famous person you’ve been compared to

Wooo.. No comment la =P
Tu dia... Dayang Nurfaizah..
Apa kes aku kena compare dengan penyanyi ni?

"Pada zaman dahulu, ada dua beranak tengah syok layan Melodi (alaa... Melodi kat TV3 tu).. Kemudian si anak bertanya dengan ibunya, "Ibu, naper eh kite gelap? Tengok org lain kiut dengan kulit cerah macam langsat.. Kita jer gelap..Tak comel =("


Kebetulan, time tu tengah citerkan fasal Dayang Nurfaizah ni.. So, ibunya pun membalas,
"Tu.. Tengok DN tu.. Gelap2 pun comel gak, boleh nyanyi lagi, popular.. Alaa.. Pedulilah apa orang nak kata, yg penting kita kena bersyukur dengan anugerah yang diberi Allah.."


Si anak terdiam mendengar dakwah ibunya.. Si ibu membalas " Umi pun dulu gelap gak.. Tapi bila dah besar, jadi cerah sebab badan dah membesar ^^ Lagipun, comel apa si hitam manis ni.."

Ecece.. Kembang hidung aku bila mak aku puji comel.. But kadang2 aku memang respect la dengan DN ni.. Tak pernah ada kontroversi yang hot.. Cuma, sejak dua menjak ni macam dah no story at all.. Agaknya apa la dia tengah buat sekarang ni?
Takder idea nak tulis apa -.-"

June 26, 2011

Day 11 = Google the meaning of your name


Hey ya peeps!
Dah lama tak buat challenge ni.. Rindu aar.. Apa pun, saya skip day 10 bagi mengelakkan "kebahayaan".. Hehe..

Saya cari kat sini.. Achuu.. So sweet kan meaning of my name =3 Perasan pulak.. Terima kasih umi abah sebab pilih nama yang baik untuk anakmu ini ^^

Khayrin - Kebaikan
Jamila    - Cantik


Kalau ikut indeks nama tu betul2, yang dijumpai adalah "Khairin Jamilah" tapi nama saya dieja Khayrin Jamila.. =)



KHAYRIN JAMILA
KKomited
HHarum
AAmanah
YYakin
RRamah
IIkhlas
NNaif
JJujur
AAlim
MMesra
IIdealistik
LLemah-lembut
AAbadi
Apa ada pada nama?

June 23, 2011

Lucky Draw Contest by Nurul Hanis Anasa

Alhamdulillah.. Sempat jugak ber-blog walaupun sibuk dengan musim perskolahan ni.. Biasalah, pelajar PMR la katakan..Ngeee.. 8D

Saya pun tak pernah terfikir nak join contest.. Selalu la jugak nampak post Hanis fasal giveawy ni, tapi saya buat derk jer.. Pertamanya, saya tak minat yang kena tag orang ni.. Lagipun tak ada kawan rapat yang berblog.. Keduanya, hadiah.. Itu masalah besar gak: kalau hadiah top-up atau benda yg pakai online mmg "huhu" sajer la jawabnya..

Ok la.. Back to the point.. Giveaway ni pun mudah jer, hadiah pun terbaek! Mai kita lihat dulu syarat-syaratnya.:

1) Dialu-alu kan untuk follow blog nurul-hanis.blogspot.com and puteri-puterisabrina.blogspot.com but ia bukan paksaan okay :)
2) Sila buat entry tentang Giveaway ni but ia ada 2 bahagian :)

BAHAGIAN PERTAMA

Sila review blog nurul-hanis.blogspot.com ni :) Nak bodek pun tak pe :)

BAHAGIAN KEDUA

Sila nyatakan mengapa anda ingin join Giveaway ini? Ikhlas okay ^___^
3) Copy the banner above and paste it in your entry :) Make sure link kan banner tu dengan link blog nurul-hanis.blogspot.com
4) Bangsa and jantina sama sekali tidak kisah :) Open to all my visitors ! :)
5) After dah buat entry and dah publish, link kan entry anda ke comment box bawah ni. Make sure LINK ENTRY GIVEAWAY NI. Bukan link blog awak :)

Meh kita membodek blog cik Hanis kita nih ^____^
Bahagian Pertama

First of all, blog si cantik manis ni kemas dan sedap mata memandang.Warna apa pun sesuai dengan blog dia.. Tengok background blog dier yang baru; ada biskut cip coklat [lapaaaaaaaaaaarr], bunga-bunga abstrak dan mcm2 lagi.. Lagipun, ada banyak tutorial yang gempak dan mudah difahami..
Dia pun baik tau.. Nak tahu kenapa? Ada freebies! OMGeee.. Sukernye! Sememangnya sesiapa yang baca entri ni, memang rugi tak ushaa blog dia.. ((Kalau tak nak, saya ambil... 8D ))

Bahagian Kedua
Kenapa saya nak join giveaway ni? Mula-mula sekali saya follow blog dia, saya kagum sangat dengan cursor doodle dia yang kawaii tu [Tapi tu tak bermakna saya tak suka cursor misai tu.. Cursor tu pun cute gak ^^ ].. Tak dilupakan juga doodle dekat shoutbox dia.. Comelnya!

Lepas tu, hadiah.. Semua orang pun nak sesuatu yang cantik dan comel bagi menghiasi blog mereka.. Saya pun tak terkecuali.. Kalau doodle semua orang berebut-rebut.. Kagum! Hoho.. Rasanya saya nak letak kat shoutbox saya [Tapi malangya saya tak pandai sangat bab edit-mengedit ni.. =( ]
Saya tak berharap pun nak menang.. Tak menang apa boleh buat, adat pertandingan ada menang ada kalah.. Yaay!
Comelnya!
Gambar comel tu dari Encik Google.. Tak tahu apa motif letak gambar tu =P

June 22, 2011

Apa saya nak buat?

Dah nampak tajuk entri? Ya.. Saya nak senaraikan list-to-do kat blog saya nih.. Jadi takder la tercari-cari apa nak buat lepas nih waktu blogging..


  • Buat perkataan "My Babbling Blog" tu macam taip satu-satu
  • Letak "Cannot Highlight" atau "Disable apa ntah"
  • Letak doa harian kat sidebar
  • Cuba kurangkan kapasiti loading blog [Rasanya mustahillah..]
  • Cari lagu yang sweet dan comel
  • Edit blockquote
  • Tengok kalau ada contest blog
  • Blog-walking [kalau ada blog menarik, saya follow.. Insya-Allah]

Hmm.. Rasanya itu sahaja.. Lagipun, KKG belum siap lagi... Huhu =(

Takde Keje

Uiks.. Gumbira betul hari ni! Apsal eh? Aku dok melompat-lompat cam beruk lepas tu sengih sendiri.. Aku duduk kejap dengan Meong, still sengih-sengih dan ketawa cam orang gila , Meong naik hangin, dia cakar muka aku tapi aku tetap sengih macam kerang busuk.. Tak sakit, pedih sekit tapi dok happy giler?!


Sengal tul.. Kalau korang perasan, aku dah share profile aku tapi malas nak letak kat blog.. Nanti macam-macam lak dilabelnya aku.. Tapi aku rasa bukan tu sebabnya aku sengih macam orang tak betul..  Tadi aku minta izin share sth, dia balas dan aku macam @#$%^&*~! Haha.. Memang dah tahap sengal ni.. Aku taip entri ni pun sengih-sengih..

!@#$%^&*()_+|}{':/><,./~`..Bermasalah betul sekarang nih! Ohhohohoho.. Mak aku pun dok pelik tengok aku terlompat-lompat.. Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee 8D.. Lantak la.. Hidup kita mesti hepi kan?!
"Sudah-sudah la tu.. Macam takde keje jer.. Asyik dok tesengih sorang-sorang," kataku kepada diriku sendiri.

Ok lah... Cukup lah tahap sengih aku ni.. Nak buat kerja sekolah lagi.. ^^

June 19, 2011

Selamat Hari Bapa


Korang tahu tak hari ni hari apa?

Hmmm............

......

......

Hari Ahad?
Betul tapi ada yang lebih indah lagi drpd hari Ahad..

...

Ok.. Hari ni Hari Bapa ^^

Yup.. Hari ni merupakan hari Bapa di mana kita harus mengenang jasa bapa kita seperti mana kita menghargai ibu kita. Ada yang mengatakan "Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah tiada terhingga" Eh, betul ke??

So, you all celebrate kat mana?

Hmm.. Sebenarnya kita tak celebrate sangat, cuma pergi pantai Rampayan Laut cari pasir kucing.. Lepas tu main air sekejap dan makan-makan.. Seronok jugak lah ^^ Itulah kot celebration Father's Day kita satu family..

Tak ada gambar kenangan ke?

Hehe.. Tak ada.. Lagipun, terlupa bawa kamera.. Time tu pun dah nak senja, tak elok main kat luar lama2.. Tak apa lah.. Lain kali pun boleh buat lagi, kan? =)

Jadi, di kesempatan ini saya ingin megucapkan Selamat Hari Bapa kat ayah tersayang, Cikgu Jamal sebab sentiasa komited dan berdedikasi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dan bapa yang hebat.. I lap U, abah <3

Hohoho.. Tak ada kek ke?

Taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak.. Kenapa? Teringin ke?

p/s: Selesema dan batuk hari ni.. Tak apa lah.. Dugaan dari Allah.. Lagipun sakit tu pennyembuh penyakit ye tak?

June 16, 2011

Nananitchiepie's hellohello!

Cutenya banner ni!
Assalamualaikum =)
Hari ni saya agak sibuk,,(bukan hari ni jer, semalam, lusa semalam LOL pun sibuk..banyak homework T_T)


OK.. Nampak tak banner comel tu? Yer, cik Nana kita buat mini contest.. Yay! Kalau korang tengok blog dia, hadiah memang lumayan ^^ Lagipun, ni kali pertama saya join contest macam ni.. Tak berharap pun menang.. Sekadar mengisi kebosanan jer.. =)


Baiklah, ni soalannya, soalan untuk contest nih..

  1. Daripada Nazihah start blogging, berapa kali dia tukar template?
  2. Apa freebies yang saya baru buat?
  3. Bagaimana cara sebutan Nananitchiepie? (contohnya, cara sebutan Nazihah -> Na-Zee-Hah )

Saya pun tak tahu nak jawab apa.. Huhu.. Tapi saya cuba =)

Jawapan saya:

1- Saya tak pasti, sebab dah lama saya tak open blog.. Lagipun, saya baru (takder la baru sangat) follow blog dia =( Mungkin dalam 4 atau 5 kali.. Baru-baru ni dia tukar template daripada Denim ke Minima template.

2- Freebies yang terbaru ialah cursor misai yang comel tu.. Kalau saya pi blogwalking, hampir semua blog yang saya lawat pakai cursor cam tu o_O Maknanya, popular la blog kakak Nazihah ni kan?

3- Uiks.. Mencabar gak nih.. Bagi saya, cara sebutannya :
          Na-Na-Nit-Chi-Pai

K.. Itu sahaja.. Kena sambung ulang kaji =)

P/S: Kenapa la semua yang saya buat tak jadi? T_T

June 13, 2011

Another Boring Entry

Assalamualaikum =)
Hello peepz.. Amacam sekolah tadi? Manyak ok ka? Yer laa.. Mood cuti dah habis, sekarang mood sekolah.. Aku pun masih tak puas cuti.. Kenapa la kerajaan tak panjangkan cuti 5 minggu ke atapun lebih? Ngeee 8D.. Tak fasal-fasal nanti Malaysia menjadi negara mundur sebab cuti jer.. Ahaks..

Aku pun teridur gak time kelas pagi tadi, waktu mata pelajaran PSV.. Nasib baik Naziha and Najwa kejut aku.. Kalau tak, malunya! >_< Ohohoho.. Tu la.. Saper suruh tido lewat semalam, tak fasal-fasal tertidur dalam kelas.. Ngeee 8D..
Nanti aku bercadang nak buat entri fasal sekolah aku, tak tahu bila but I'm sure I'll make it =)

Lepas ni, kena hafal Sains untuk ujian PEKA.. Teruk betul!.. Dah, tu je... Papai.. ^^


P/S: Takder saper ke perasan aku dah tukar background? Huhuhuhu.. Sedihnya.. Apa pendapat korang? Ngam tak?

June 12, 2011

A boring Entry

Assalamualaikum =)
Boring dan lapar.. Itulah 2 perkara yang sering dan sekarang bermain di fikiran aku nih..

Lapar? Masak la.. Hang tu pompuan, tak kan tak tau?!

Eiii.. Debik kang kalo ada orang bagi jawapan camni.. Bukan aku tak tau tapi, malas dowh nak masak.. Masak Maggi, letak sayur, campur, perencah, air, telur lepas tu tengok bawah tudung saji ada sikit lagi ayam goreng malam tadi.. Melantak tu memang la tak susah, tapi sekali lagi aku tegaskan, MALAS!

Ugh.. Kat meja my mummy ada buat blossoms but surely it's not for our family but for customers.. Blossoms tu apa? Ish you allz ni.. Apam la.. Tapi mak aku letak inti kelapa atau kacang hitam based on customers choices.. Kalo kaler pink, kacang hitam dan kalau hijau, pandan itu inti kelapa..Not bad la rasa dier, but aku tak baper suka.. Sebab most of the day, customers mak aku asyik pilih blossom jer.. Maklum la, murah..Naik muak aku tengok.. Nak tolong pun tahan nafas.. LOL..

   
Looks fluffy muffy, kan?
Tu ler blossoms.. Ingatkan nak amik satu, nak makan tapi.. "Haip.. Jangan makan.. Tuk orang tau.." >_< Eeeiii.. Laparnya..(Not good in taking pictures.. Hubububu..Ni pun ambik guna kamera digital, bukannya cam korang.. guna DSLR ntah mcm2 jenama, Nikon, Canon.. CEMBURU! tau.. )

Sambil mengisi kebosanan, aku pi blog-walking.. Then aku nampak satu doodle comel hasil nukilan Brother Wan Hazel.. Dia kater ley amik doodle tu, free katanya lagi, so I upload kat sini.. Hohoho..
Uiks.. Cun melecun giler doodle pompuan dier.. Selalunya, para pembuat doodle ni girls, tak sangka lelaki pun pandai gak.. Not bad gak dia lukis.. =P Hohoho.. Sumil tak?

June 11, 2011

NOTHING AT ALL!?

Aku baru jer baca entri kat belog Hanis Zalikha.. Alaa..Blogger yang femes amos meletop tuh! Blog dier simple jer, takder gedik-gedik, doodles2 atau perkara yang girlish dan agak kebudak-budakan..Mungkin btul la, dia tu remaja mcm Lisa Surihani.. Matang..=P

 Seriously, blog dier simple, takder background, but ada followers beribu-ribu lemen! Bila saya baca entri dier, sonok jer baca.. Citer pasal diri dia ngan coklat fevret dier, nasihat and many more..Apsal eh? Cemburu btul saya, takder shoutbox mahupun musci player yang membangkitakan aura untuk minta orang yang lawat blog dier or supaya follow dier.. Pastu saya tengok, tak pernah, never, nehi pun kesilapan ejaan dalam setiap entri dier..(melainkan saya yang terlalu buta dan malas nak baca dan check older posts dier) Ish.. Ceburu, cemburu, CEMBURU!.. Then, baru saya sedar satu perkara :
Apa motif saya ber-belog??

Tak tahu. WHAT? Tak tahu?! 
Yup.. Seriously, memang saya tak tahu kenapa saya berbelog macam orang gila.. Betul.. Every minute, every second, tak boleh lepas jari ni dari menaip entri kat blog.. Geget kang jari's ni! LOL..
Saya sanggup abaikan pelajaran, buku, study dan perkara yang sewaktu dengannya semata-mata nak berbelog.. Omg.. Boleh gila tau kalau diteruskan camni!

Pada sesaper yang yang terbaca entri ni (walaupun tak berminat), you all beri ler pandangan camner nak 'alihkan' or 'buangkan' tabiat yang merosakkan minda dan mata ni.. Boley gila tau! My mum pun naik bising saya tak study padahal PMR nak dekat..  Huhubububu..

Kucing

Assalamualaikum =)
Hari ni memang boring, tak tahu nak buat apa =/ Jadi saya beradang nak post mengenai kucing.

Kucing?
Yer.. Kucing.. Kenapa? Tak pernah nampak kucing ke?
Pernah, cuma pelik kenapa nak buat entri fasal kucing? Nak beritahu penyakit kucing ke?
Ohho.. Bukan la.. Nak cerita fasal kucing saya ni.. Kucing betina yang dulu ada 3 ekor anak tapi sekarang tinggal seekor..
Kenapa tinggal seekor?
Baca la entri ni.. Baru tau jawapannya kenapa 3 - 2 = 1..
Oooh.. Jadi cerita la fasal kucing yang masih hidup tu..

Ok.. Ni fasal kucing aku.. Nama yang kitaorang adik-beradik letak kat kucing betina ni Meong.. Ntah kenapa pilih nama tu..Sebenarnya, kucing ni "dijumpai" atau lebih ditepati, datang sendiri ke rumah kitaorang yang tak berapa hebat ni.. Kira kucing pelarian la.. Dia datang time tengah hari, kitaorang baru balik dari sekolah, lapar.. Begitu gak dengan kucing ni.. Jadi sebagai insanyang prihatin kitaorang pun bagi la dia sedikit makanan.. Lepas tu surh dia pergi.. Tapi dia tak nak pergi.. Puas kitaorang halau, tapi dia tak nak gi.. Lantak la.. Jadi kitaorang adik-beradik buat keputusan nak jaga dia =)

Time Meong datang, dia ni bunting.. Tapi perut dia masih kecil lagi.. Tak lama pastu, dia lahirkan 3 ekor anak kucing yang sihat dalam almari baju bapa aku.. Kitaorang adik-beradik yang baru balik dari sekolah terkejut gak bila tengok kittens tu tengah minum susu kat tempat yang sempit dan gelap tu.. Salah kitaorang juga tak sediakan tempat tuk dia beranak..

Tu la anak kucing yang masih tinggal.. Comel tak? Nama dia entah.. Tak tahu lagi.. Mak aku nak bagi dia nama Tomok atau Penyek.. Lol.. Adik-adik aku ada yang bagi nama Comel, Kecik dan macam-macam lagi. Aku bagi dia nama Berak.. Ugh.. Nak tahu kenapa? Sebab dia dah berak kat bilik aku.. Geramnya! >< Huhu..

Ni gambar-gambar Meong yang lain.. Enjoy.. Kalau tak nak dengar Radio ERA jer, k?
Apa tu?

Sonoknya kena garu >_<

Wargh! Apa dah jadi?!

Renungan tajam yang menakutkan dan menggerunkan

Mandi sekejap

ZZZzzzZz
Comelnyer dorang tido.. Bagi aku comel, kalo korang ntah lar.. -_-


Abaikan kain biru dengan selipar tu.. Hohoho..

Day 9 = Someone you look up to

Assalamualaikum =)

Sambung cabaran nih.. Bila tengok tajuk yang diberi tu kan, confuse sekejap.. Apa maksudnya? Aku try tanya kat adik-adik aku, even adik aku yang dapat 5A dan selalu dapat nombor satu untuk sepanjang hidup  pun bengap gak jawab soalan ni.. =_--" Jadi aku pun google la kat internet.. Rupa-rupanya dia fasal orang yang kita admire.. Oooo.. Baru tau.. =P

Jadi, dipendekkan cerita, orang yang paling aku admire tentulah mak aku.. Aku panggil mak aku ni Umi.. ^^ Rugi betul saper yang tak menjadikan ibu dia sendiri sebagai role model tau tak?! Ibu ni manusia yang paling hebat sebab sanggup buat yang kaum Adam tak mampu buat.. Contoh? Macam-macam la.. =P

Back to the point.. Kenapa aku admire Umi.. Sebabnya:


  • Umi pandai masak, buat kek, menjahit dan macam-macam lagi.. Umi aku masak memang sedap ^^ Kalah chef antarabangsa.. 
  • Kreatif.. Yup.. Bila beliau decorate kek, memang cantik.. Rasanya memang sedap, UMPH! Kalah kek hotel.. Kek hotel atau yang dijual kat kedai kek tu decoration jer cantik, tapi rasa ntah macam mana..
  • Hebat..Banyak pekerjaan yang Umi aku buat ; guru di sekolah menengah, pembuat kek sambilan, nurse di rumah, guru di rumah, dan macam-macam lagi.. Korang ley tak buat cam mak korang tu?
  • Tawadhuk.. Tak kira apa pun kerja yang diberi, Umi  tetap tak lupa solat.. Rajin baca Quran, rajin buat solat sunat.. ^^
  • Penyayang, kemah-lembut walaupun tegas.. Yup.. Tu memang sifat semula jadi mak kalau nak didik anak-anak kan?
  • Yang ni best.. Tak kira la aku sedih, merajuk, marah Umi memang pandai pujuk.. Kadang-kadang, time aku tengah merajuk, mulut asyik munjung jer, dia geletek aku sampai aku ketawa.. Then, hilang terus merajuk aku tadi tu..  Memang best arr.. Lagipun, dalam hidup kita tak ley marah-marah kan? ^^
Aku doakan Umi terus sihat, tabah dan cekal mengharungi dugaan hidup ^^
Yer.. Tu la serba-serbi orang yang aku admire =) Tamat sudah ^^

Oops!?

Assalamualaikum =)

Bila saya tengok kebanyakan blog yang saya follow ni, nampak macam kebanyakan blogger ni meberitahu bahawa mereka tidak akan mengaktifkan diri untuk beberapa ketika.. Bila dah baca entri dorang sampai habis, rupa-rupanya dorang nak fokus kepada study.. Jadi dunia blogging terpaksa dilupakan =(

Saya pun baru sedar sekarang ni saya PMR?! Gila ke?! Oleh hal yang demikian, saya pun nak berhenti la dulu dari dunia blogging nih..Kadang-kadang bosan gak tengok blog yang camtu jer, takde apa yang berubah pun.. Kalau lapar bukannya boleh makan blog ni kan? =P

Tapi tak bermaksud saya tak jenguk pun blog ni..Kerana diri saya, laptop, internet memang tidak boleh dipisahkan..
WE'RE SUCH A BEST FRIEND!
Hahahaa.. Nampaknya cabaran 15 hari pun failed gak la nampaknya... Huhuhuhu.. Dah.. Tu jer.. Walaupun blog ni tak de followers saja nak ingatkan diri sendiri.. Kira nazar la ni.. Saya cuma lawat dan update blog 5 kali seminggu kot? =P

Facebook?

Assalamualaikum =)

Hari ni kita nak citer fasal muka buku atau lebih dikenali Facebook or efbee or FB atau ape2 jer la korang nak panggil..Saper ada?! Kalau ada cepat angkat tangan dan kaki korang cepat! LOL..



Actually, fb ni semua orang dah tau.. Tak kira la tua ke, muda ke.. semua orang ada..Kalau takder memang rugi la korang nih..Aku ni pendiam dan pemalu macam irang utan pun ada fb tau..FB aku ni aku tak letak nama betul sebab takut identiti diri terdedah..Bengap kan? Kalau camtu baik tak payah ada fb..Tapi ni pun bapa aku gak yang suruh.. bahaya katanya, betullah kata bapa aku tu walaupun beliau takder FB xD

Mak aku pun ada fb nih..Tujuannya nak cari kawan lama..Betul la tuh..Sekurang-kurangnya dapat up-to-date progress kawan-kawan lama dia..Aku pun kekadang ikut 'mengintai' mak aku tengok fb..Lagi seronok tengok fb dia daripada fb aku sebab mostly kawan mak aku semuanya sporting; dorang banyak kongsi video yg menarik dan kelakar, pics yang sememangnya menggamit memori, even status dan wall post dorang pun lebih funny dan kiranya lagi best dari fb aku.. 

Ini CUKUP BERBEZA dengan fb aku di mana hampir penuh profil dan halaman utama fb aku dengan update game, aplikasi yang entah ape2 dan kadang (mungkin) bawa virus, spam yang kononnya dapat earn credits fb lah, status yang maki hamun dan macam2 lagi..Even kalau ada orang post status dia"BORING" pun ada orang like..Rasa nak geget jer dorang suma tuh.. 

"Ntah-ntah ko cemburu ada orang like status orang lain drpd status kau?" Eeee..Helllo? Buang masa dan buat putus urat badan aku jer nak cemburukan suma tu..Daripada post "BORING" baik aku buat kek pastu hias, amik gambar  pastu post pics tu..Dijamin ada orang terliur dant terus like nak makan kek buatan aku tu =P

Tapi bukan fasal tu aku taip entri ni.. Aku nak tanya korang la..Apa motif korang wat akaun fb tu?Kalau nak cari kawan time sekolah dulu tu ok la..Tapi kalau setakat nak lawan ngan kawan lain tengok baper lagi ramai kawan baik tutup jer la fb korang tuh..buang masa, takde maknernya.. Aku tengok kekawan aku tu, dekat seribu lebih malah lebih lagi 'friends' dorang tu..Korang tak takut ke kalau ada hackers ke atau yang expert bab membongkar  maklumat orang dalam senarai friends korang tu?  
Sekenly, ada yang sanggup ponteng kelas pi lepak kat bilik guru, konon nak tolong cikgu tapi buka FB dan chat dengan kengkawan dorang sedangkan kawan chat nyer tu hanya di sebelah sahaja?! Kalau camtu, baik takyah buat FB (ini memang berlaku, biasa jer tu)..  Tak cukup ke korang berborak, bergosip kat kelas sampai ber-FB di bilik guru? Buang masa betul!

Ni plak buat kaki gamer tegar..Tak dinafikan kat FB ni ada banyak game, macam FARMVILLE dan natah mcm2 lagi.. Ingat la..Tak bagus main camtu..Korang setakat habiskan duit dan masa sekadar main bercucuk tanam yang takder nilai banyak pon..Aku paling rimas bila ada invitation game suruh tolong itu la, ini la..Bagi aku, tu suma spam.. Terus jer aku delete invitation camtu.. =/ Aplikasi yang ntah macam "xoxo posted something on your wall".. Bila aku tengok profil aku.. Mak datuk! Banyak giler yang dia post tu..."Trash" betul!

Ni satu lagi..Tang maki-hamun.. Aku tau la tak ramai yang buat camtu..Tapi ada sesetengah kawan aku ni yang jenis camtu..Asal jer rasa ada orang sakitkan hati dia, tulis kat FB.. Lepas tu "haters" tu terjumpa @ terbaca post dia tu dan lepas tu gaduh..Masalah betul.. Tak boleh ke pendam dalam hati jer tak pun tulis dalam kertas.. Bila hati korang dah lega, buang la kertas tersebut.. Kan lagi mudah.. Lagi bagus korang pi solat dan banyakkan doa agar dilembutkan hati (tak kira tuan punya hati atau "haters") Kan? ^^

Nampaknya kepala aku dah bosan nak fikir fasal FB ni..Malas la nak sambung.. Nanti ada plak orang yang marah dek entri yang tahap gaban nih.. Tapi, ini sebenarnya luahan hati aku gak.. Kepada para FACEBOOK tegar tu,, uh.. Takper la =)

June 10, 2011

Day 8 = If you could change anything about yourself, what would it be?

Assalamualaikum =)
Sihat tak? Cuti sekolah dah nak habis, jadi cepat-cepat la buat homework yang tertunggak tu..(padahal sendiri pun sama.. LOL)

Ok..Back to the point.. Kalau aku nak ubah apa-apa fasal diri aku ni, memula sekali aku nak ubah sikap aku ni..  Yer la.. Aku ni kan pemalu, pendiam dan susah nak diajak berbual.. Kalau ada kawan sebelah aku menangis, tak tahu nak buat apa.. Nak pujuk camner? Aku ni bukannnya pandai bab memujuk orang.. =(

Jadi kalau boleh aku nak ubah sikap aku ni menjadi seorang yang happy go lucky, periang, ambil berat orang lain, ramai kawan dan yang penting bukannya seorang yang pendiam dan pemalu =) Barulah seronok kan hidup kita bila ramai kawan =D

Lepas tu, aku nak ubah sikap aku yang suka bertangguh dan selalu bangun lambat (apa ni anak dara bangun lambat! Teruk betul!) Hehe.. Betul la tu.. Kalau cuti sekolah, dijamin aku bangun sekitar jam 10 - 11 pagi.. =P Kalau bangun lambat tak berpeluang la nak dengar riuh ERA dengan Pak Nil kat blog aku ni.. LOL ^^

Lepas tu, aku nak jadi orang yang pandai buat apa-apa jer terutama sekali buat kek macam mak aku! Yummy =)

OMG! Sedapnya kek tersebut! Nanti aku nak suruh mak aku buat kek yang cantik dan menyelerakan itu!

Rasanya tu je la.. Banyak lagi yang aku nak ubah diri aku ni, tapi malas la nak taip lagi =P

P/S : Terlebih advance..

Day 7 = Choose lyrics and explain why do you choose them

Assalamualaikum =)
Hmm.. Saya teruskan ek cabaran ni =P Korang pernah dengar tak lagu di bawah? Kalau pernah baguslah =) Sebenarnya inilah lagu kegemaran saya sebab lirik dia berbentuk 'positive song'..



Cabaran ni kata pilih lirik.. tapi saya bantai jer.. lirik lagu ni memang ngam dengan saya =)
Kalau korang dengar lagu ni, dia lebih kepada orang yang putus asa kan? Betul dan itulah diri saya yang sebenar.. Asal jer saya nak buat sesuatu yang baik, selalu jer tak jadi =(

Betapa sedih dan remuk hati saya bila apa yang saya cuba lakukan tu gagal, tak menjadi dan kadang-kadang tak dihargai.. Kadang-kadang tu saya rasa nak putus asa jer terus.. Tapi melalui lagu dan lirik ni, saya bangkit dan mula sedar bukan semua orang betul.. Setiap manusia melakukan kesilapan.. Betul tak? =)

Kain Kafan Buruk

Assalamualaikum =)
Tengah bosan-bosan ni, saya pergi blog-walking berdasarkan navigator bar tu.. Kebanyakan blog yang saya lawat secara rawak tu kebanyakannya blog Islamik.. Dapat la menginsafkan diri sekejap baca entri-entri diorang tu.. Tengah syok usha blog-blog tu, saya jumpa satu entri yang bagi saya agak menarik.. Maaflah.. Dah lupa link blog tu.. xD


Kain Kafan Buruk
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. 
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. 
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." 
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" 
Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...." 
"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya. 

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar.


Lol.. So, ambil la iktibar =)

June 9, 2011

Day 6 = Your best friend (s)

Asslamualaikum =)
Sambung lagi cabaran ni.. ^^

Kawan baik saya? Sebenarnya saya ni budak pendiam, jadi tak ramai kawan =( Tapi waktu sekolah rendah  saya ada 2 orang kawan baik.. Maksud saya memang sangat baik ^^

Sekolah Rendah
Nadia
She is my best friend ever.. Dia sangat baik dan care akan diri saya.. Walaupun badan dia besar, saya tak kisah kawan dengan dia sebab memang seronok kawan dengan dia =) Sayangnya dia sekolah rendah dengan saya setakat darjah 3.. Lepas tu dia pindah sekolah rendah yang lain.. Tak tahu kenapa.. Memang sedih bila dia dah tak ada nak temankan saya lagi =(

Adzirah
Best friend gak.. Dari tadika sampai tamat sekolah rendah, memang good girl ^^ Sayang, tak sama sekolah menengah sebab ramai kawan lama dia kat sekolah sekarang ni, jadi dia pilih sekolah menengah yang itu..
Cuma ada satu perkara yang saya tak suka dengan dia ni waktu sekolah rendah ; dia suka minta air dan bekal saya.. Huhu.. Jadi nak elak dia daari minum air saya sampai habis, saya bawa air madu.. Dia ni memang tak suka air madu =p
Hehe.. Maaflah Adzirah kalau kau sakit hati.. Jangan marah ek.. =p

Sekolah menengah

xoxoxoxo
*Akan di-update sekiranya ada masa

Letak Radio ERA

Assalamualaikum =)

Hari ni saya nak buat satu tutorial nak letak widget radio ERA yang live kat blog ^^

Ok.. Memula sekali, copy code ni:


<div></div><div><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://ads.era.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/era/era.swf" width="200" height="170">
                   <!--<![endif]-->
                   <param name="quality" value="high" />
                   <param name="wmode" value="transparent" />
                   <param name="swfversion" value="9.0.45.0" />
                   <param name="expressinstall" value="Scripts/expressInstall.swf" />
                 </object>
</div>


Lepas tu, pi dashboard > design > add a gadget > edit HTML/javascript > dan paste code tadi tu .. Kemudian save..

Hehe.. Sekarang tak perlu tunggu nak pergi Kota Kinabalu nak dengar radio ERA.. Boleh dengar terus dari blog =p

Credit to:
Kak Lyssa

Day 5 = The most amazing thing that ever happened to you?

Assalamualaikum =)
Lambat sikit taip entri ni.. Pergi makan angin sekejap dengan keluarga.. Dapat jugak merasa makan strawberi dan bluberi =)

Hmm.. Perkara paling hebat pernah berlaku kepada saya? Bagi saya tak banyak yang hebat, tapi saya masih ingat lagi peristiwa ni bila orang puji saya cantik ni bila senyum =P

Apa lagi.. Kembang la hidung tu dan tersengih macam kerang busuk.. Hehe..Sebenarnya, yang puji tu bukannya lelaki tetapi cikgu sekolah rendah saya sendiri, Cikgu Farhana kalau tak silap..

Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa, tapi bagi saya tu paling hebat ^^ Tak pernah ada orang puji saya melainkan mak dan ahli keluarga saya sendiri =) Bukan maksudnya saya tak suka bila family sendiri puji, tapi kadang-kadang nak juga dengar orang yang lain puji kita kan? =)

June 6, 2011

Wishlist

Assalamualaikum =)
Hari ni saya nak buat tuto lagi.. Tuto yang mudah jer iaitu wishlist.. Apa tu? Itu kira kotak wish kita la, apa yang kita nak buat masa sekarang kita tick, yang lain bergantung kepada kita =)

Ok.. Ni caranya..

<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish1" checked />wish1<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish2" disabled />wish2<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish3" disabled />wish3<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="wish4" disabled />wish3<br />
</form>
Kalau perkataan wish tu korang gantikan dengan wish korang.. Checked maksudnya tick, disabled maksudnya kotak tu tak di tick (kira belum tercapai lagi impian korang tu) ..
Ok.. Tu jer .. Kalau nakcantik gabung kan la dengan fieldset.. =p

Credits:

Day 3 = If you could only have on wish, what would it be?

Assalamualaikum =)
Jam menunjukkan 12:51 pagi, jadi maksudnya dah masuk ke hari yang baru.. Dan saya akan meneruskan cabaran 15 hari ni =p

Hmm.. Kalau saya ada wish, apakah wish tersebut?
Dalam kotak kepala saya ni ada macam-macam wish..Tapi dipendekkan senarainya, ini dia:

1- Saya nak jadi orang paling kaya dalam dunia.. Mungkin lebih dari Bill Gates atau Firaun atau Qarun..
     Sebabnya saya nak jadi jutawan Habbo/Gaia Online, then saya nak pi Haji dengan parents dan family saya, pastu tolong org susah, bukak centre untuk haiwan terbiar

2- Saya nak jadi budak pandai, malah lebih pandai dari Adi Putra (yang genius matematik tu..), nanti saya boleh masuk universiti terkemuka pastu jadi saintis berjaya yang cipta ubat untuk haiwan 
Adi Putra


3-Nak ada superpower,kalau boleh semua power ada! Lagi hebat daripada Superman, Batman dll kann =)

4- Nak jadi budak yang solehah, taat mak bapak, taat perintah agama dan kepada Allah.. Insya-Allah..

Link Rainbow

Assalamualaikum =)

Hai ni saya memang gila tutorial..Sampai jam 12:15 tgh mlm pun masih tak tidur lagi =o
But don't worry..Masih sihat lagi =) Kali ni saya nak wat tuto fasal link warna-warni(rainbow link).. Apa kebende menatang tuh? (Ayat ini tidak sesuai digunakan untuk bahasa baku)

Haha.. Ok.. Rainbow link merupakan satu trick yang diaplikasikan kepada link yang ada dalam sesebuah blog.. bila cursor mouse dilalukan pada sesuatu link, link tersebut akan berubah menjadi warna-warni dengan warna yang tertentu.
Ramai blogger yg menjadikan ini sebagai feveret sebab dia menarik hati dan bewarna-warni.. Lol.. =p

Ok..Ni caranya.. First korang copy code ni..
<script src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/rainbowlink.js" type="text/javascript">
</script>
 Then.. Pi dashboard blog anda> design >add a gadget> edit HTML/javascript dan paste code yang dah di-copy tu dan save.. Insya-Allah menjadi.. Klau tak jadi gaak.. tanya k? Atau cari la blog yg boleh membantu =)

Kotak Fieldset

Asslamualaikum..
Hhe.. Tak cukup satu tuto, wat tuto yang lain plak.. =p Padahal, orang lain dah tahu pun.. =) Tapi, taakper.. Bagi mengelakkan jari-jari daripada kempunan nak menaip tuto, lantak lar.. Ada orang dah buat ke, malah lebih canggih.. Saya tetap dengan pendirian saya =)

Kali ni kita nak buat fieldset.. Apa tu fieldset? Korang nampak tak ada kotak dengan gambar Hamtaro lompat2 kat sodebar tu? Tu la foeldset.. Tapi aku gantikannya jadi kotak credits.. LOL.. Maklumlah, masih newbie lagi bab-bab blog ni =)

Ok..Ni caranya..
<form><fieldset><legend>Tajuk</legend>Tulis la apa korang nak..</fieldset>

Kalau korang nak letak gambar kat tajuk tu, korang ley cari kat Glitter Graphics, cari pic yang berkenan di hati dan copy HTML code dia (mula dgn <img src.....) letak kat sebelah perkataan 'TAJUK'..

Then, pi dashboard> design> click add a gadget> click add HTML/javascript dan pastekan code fieldset korang tu dan save.. Try dulu.. Kalau tak jadi tanya k? =)

June 5, 2011

Tukar Cursor

Assalamualaikum =)

Ni first time buat tutorial ni, sebab dah kempunan dan teringin sangat nak buat.. Tengok blog lain ada nak jugak! Nak jugak! Leceh kan? Apa boleh buat.. =p

Ok.. Hari ni nak ajar menukar cursor yang comel-comel.. Alaa.. Macam saya punya gambar strawberi, tapi korang boleh adjust ikut kesukaan korang ok =)
Ni caranyaa..

Memula, pi kat cursor4u.. Kat situ ada banyak pilihan kursor yang kawaii dan comel.. Saya  pun pilih dari situ.. (Perlu diingatkan agar TIDAK memilih cursor beranimated kerana ia hanya berfungsi kat Internet Explorer je.. )
Kalau dah ada yang berkenan, klik cursor berkenaan dan copy code HTML nyer..Contoh code :
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-3/cur273.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2009/10/16/large-rainbow-pointer.html" target="_blank" title="Large Rainbow Pointer"><img src="http://cursors-4u.com/support.gif" border="0" alt="Large Rainbow Pointer" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>
Kemudian, buang code yang diwarnakan dan dia akan jadi camni..
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-3/cur273.cur), progress;}</style>
 Ok.. Pastu, pi dashboard blog korang> design> klik add a gadget> edit HTML/ javascript dan paste kan code yang dah tertinggal tu..

Then korang save dan Insya-Allah berjayaa.. Kalau tak jadi rujuk blog lain k.. =p

Ni nak bagi freebies ckit.. =)

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/anime/ani-11/ani1090.cur), progress;}</style>
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/symbols/sym-6/sym534.cur), progress;}</style>
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi197.cur), progress;}</style>

Saper minat JB tu, try cursor nih.. =p

 <style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/people/peo-7/peo876.cur), progress;}</style>

Day 2 = Current Relationship Status

Assalamualaikum =)
Hmm.. Nak teruskan cabaran di atas.. Tapi, bila baca balik tajuknya macam.. NO COMMENT..

Haha.. Ok.. Kalau semua dah sedia maklum, tentulah single mingle.. No 'boyfriend' walaupun hampir kesemua rakan saya kat kelas ada buah hati pengarang jantung sendiri.. Saya jenis yang pendam perasaan, disebabkan saya pendiam.. Jadi tak ramai yang minat..Haha.. =p

Tapi.. kalau orang tanya ada tak yang saya minat, obviously yes =) Tapi, obviously no buat si lelaki tu =(
Apa boleh buat..

BUT! I WOULD SAY ...
since I'm still a student =) Kalau nak couple tu boleh,asalkan mereka saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan kpd yang Esa =)

June 4, 2011

Day 1 = Introduce Yourself

Assalamualaikum =)
Ok.. Seperti yang dijanjikan, saya nak buat cabaran 15 hari ni =) Insya-Allah berjaya..

This is all about me =)
xoxoxo
15 tahun, PMR tahun ni
Suka membaca novel dan bermain internet
Cita-cita saya :
  1. nak jadi veterinar
  2. buka satu centre untuk bantu haiwan terbiar
 Suka makan junk food, pizza.. pendek kata makanan kurang berkhasiat
Berat.. 40 kg dan tinggi 150 cm (kalau periksa BMI = kurang berat badan)
Anak sulung daripada 4 adik-beradik
Suka kucing
Sensitif, manja dengan mak, pemalas, suka tangguhkan kerja, pendiam, pemalu
Kurang aktif dalam kokurikulum
Cukup menyukai perkara yang 'free' - hadiah, contest asalkan tak perlu bersusah-payah melakukannnya
Suka warna ungu, putih, biru, hitam, merah
Tidak meminati warna merah jambu (maaf buat kipas-susah-mati warna pink)
Minat Digimon terutamanya Yamato dan Gabumon dalam Digimon Adventure (boleh tengok di social networking site saya, semuanya mula dengan perkataan Digi...Tapi tak bermakna saya pengguna setia Digi =p)

Smile Always and Be Ready To Achieve Your Dream =)

Saja merahsiakan nama =p

Hmm.. Rasanya itu sahaja yang saya nak ceritakan.. Nanti kalau ada yang berkaitan saya update lagi =)

15 Days Challenge

Assalamualaikum... Hmm..Tengah bosan, tak tahu nak buat apa sempena cuti sekolah ni.. Sedang seronok blog-walking, terjumpa cabaran "15 Days Challenge" di blog ni :)

Sebenarnya dah lama teringin nak buat cabaran macam ni.. Tapi kesempitan masa.. (banyak tidur..zZzZZ)
Mungkin nak buat lepas ni =D

1. Introduce yourself
2. Explain your current relationship status
3. If you could only have on wish, what would it be?
4. If you could live anywhere in the world, where would it be?
5. The most amazing thing that ever happened to you?
6. Your best friend (s)
7. Choose lyrics and explain why do you choose them
8. If you could change anything about yourself, what would it be?
9. Someone you look up to
10. Your family
11. Google the meaning of your name
12. A famous person you’ve been compared to
13. Something that puts a smile on your face no matter what
14. What are you afraid of?
15. Describe where you live.

SO,, WHAT ARE WE WAITING FOR? LET'S DO IT! YEAH!