Pages

June 11, 2011

Facebook?

Assalamualaikum =)

Hari ni kita nak citer fasal muka buku atau lebih dikenali Facebook or efbee or FB atau ape2 jer la korang nak panggil..Saper ada?! Kalau ada cepat angkat tangan dan kaki korang cepat! LOL..



Actually, fb ni semua orang dah tau.. Tak kira la tua ke, muda ke.. semua orang ada..Kalau takder memang rugi la korang nih..Aku ni pendiam dan pemalu macam irang utan pun ada fb tau..FB aku ni aku tak letak nama betul sebab takut identiti diri terdedah..Bengap kan? Kalau camtu baik tak payah ada fb..Tapi ni pun bapa aku gak yang suruh.. bahaya katanya, betullah kata bapa aku tu walaupun beliau takder FB xD

Mak aku pun ada fb nih..Tujuannya nak cari kawan lama..Betul la tuh..Sekurang-kurangnya dapat up-to-date progress kawan-kawan lama dia..Aku pun kekadang ikut 'mengintai' mak aku tengok fb..Lagi seronok tengok fb dia daripada fb aku sebab mostly kawan mak aku semuanya sporting; dorang banyak kongsi video yg menarik dan kelakar, pics yang sememangnya menggamit memori, even status dan wall post dorang pun lebih funny dan kiranya lagi best dari fb aku.. 

Ini CUKUP BERBEZA dengan fb aku di mana hampir penuh profil dan halaman utama fb aku dengan update game, aplikasi yang entah ape2 dan kadang (mungkin) bawa virus, spam yang kononnya dapat earn credits fb lah, status yang maki hamun dan macam2 lagi..Even kalau ada orang post status dia"BORING" pun ada orang like..Rasa nak geget jer dorang suma tuh.. 

"Ntah-ntah ko cemburu ada orang like status orang lain drpd status kau?" Eeee..Helllo? Buang masa dan buat putus urat badan aku jer nak cemburukan suma tu..Daripada post "BORING" baik aku buat kek pastu hias, amik gambar  pastu post pics tu..Dijamin ada orang terliur dant terus like nak makan kek buatan aku tu =P

Tapi bukan fasal tu aku taip entri ni.. Aku nak tanya korang la..Apa motif korang wat akaun fb tu?Kalau nak cari kawan time sekolah dulu tu ok la..Tapi kalau setakat nak lawan ngan kawan lain tengok baper lagi ramai kawan baik tutup jer la fb korang tuh..buang masa, takde maknernya.. Aku tengok kekawan aku tu, dekat seribu lebih malah lebih lagi 'friends' dorang tu..Korang tak takut ke kalau ada hackers ke atau yang expert bab membongkar  maklumat orang dalam senarai friends korang tu?  
Sekenly, ada yang sanggup ponteng kelas pi lepak kat bilik guru, konon nak tolong cikgu tapi buka FB dan chat dengan kengkawan dorang sedangkan kawan chat nyer tu hanya di sebelah sahaja?! Kalau camtu, baik takyah buat FB (ini memang berlaku, biasa jer tu)..  Tak cukup ke korang berborak, bergosip kat kelas sampai ber-FB di bilik guru? Buang masa betul!

Ni plak buat kaki gamer tegar..Tak dinafikan kat FB ni ada banyak game, macam FARMVILLE dan natah mcm2 lagi.. Ingat la..Tak bagus main camtu..Korang setakat habiskan duit dan masa sekadar main bercucuk tanam yang takder nilai banyak pon..Aku paling rimas bila ada invitation game suruh tolong itu la, ini la..Bagi aku, tu suma spam.. Terus jer aku delete invitation camtu.. =/ Aplikasi yang ntah macam "xoxo posted something on your wall".. Bila aku tengok profil aku.. Mak datuk! Banyak giler yang dia post tu..."Trash" betul!

Ni satu lagi..Tang maki-hamun.. Aku tau la tak ramai yang buat camtu..Tapi ada sesetengah kawan aku ni yang jenis camtu..Asal jer rasa ada orang sakitkan hati dia, tulis kat FB.. Lepas tu "haters" tu terjumpa @ terbaca post dia tu dan lepas tu gaduh..Masalah betul.. Tak boleh ke pendam dalam hati jer tak pun tulis dalam kertas.. Bila hati korang dah lega, buang la kertas tersebut.. Kan lagi mudah.. Lagi bagus korang pi solat dan banyakkan doa agar dilembutkan hati (tak kira tuan punya hati atau "haters") Kan? ^^

Nampaknya kepala aku dah bosan nak fikir fasal FB ni..Malas la nak sambung.. Nanti ada plak orang yang marah dek entri yang tahap gaban nih.. Tapi, ini sebenarnya luahan hati aku gak.. Kepada para FACEBOOK tegar tu,, uh.. Takper la =)

No comments: